YPM telah menganjurkan Seminar Transformasi Minda-Pembentukan Budaya Kerja Berprestasi Tinggi (BKBT) secara ‘In House’ di MJHEP, Beranang pada 23 & 24 Ogos 2016. Seramai sembilan belas [19] pensyarah, lima [5] staf pengurusan dan dua [2] eksekutif makmal turut sama terlibat di dalam seminar yang diadakan.
Objektif seminar adalah seperti mana berikut:
- Keperluan kepada transformasi
- Empayar masa hadapan adalah minda
- Ciri-ciri modal insan
- Pengukuhan nilai dan etika
- Perkhidmatan berfokuskan pelanggan dan
- Persekitaran kerja yang konduksif
Melalui seminar ini, para peserta dapat mengetahui:
- Maksud sebenar transformasi
- Tahap kompleksiti transformasi
- Sumber manusia tahap penentu kejayaan transformasi
- Model transformasi diri
- Tunggak B.K.B.T
- Amanah & tanggungjawab teras budaya kerja cemerlang
- Visi, Misi, Wawasan & Matlamat
Para peserta telah menunjukkan gerak kerja yang amat baik, cemerlang dan mengaplikasi setiap pengetahuan dari seminar tersebut kepada budaya kerja di MJHEP, YPM.
(Foto-foto seminar akan dimuatnaik kemudian)