Program Pembangunan Profesional Akademik (6 – 7 August 2016)

Program Pembangunan Profesional Akademik (6 – 7 August 2016)

2a752f09-41f6-4b79-8f99-2ef2df4ac330 6f34f8e8-4a25-4b10-a6cf-462824cfad86

MJHEP,YPM dengan kerjasama UniKL telah menganjurkan Program Pembangunan Profesional Akademik (Pedagogi 01: Modul 02 – ‘Effective Teaching’) bagi Kumpulan 1 pada 6-7 Ogos 2016 di Hotel Palm Garden, Putrajaya dan 27-28 Ogos 2016 di Hotel Everly Putrajaya bagi Kumpulan 2. Seramai dua puluh lima [25] pensyarah terlibat pada Sesi 1 dan dua puluh tiga [23] pensyarah terlibat pada Sesi 2.

Program Pembangunan Profesional Akademik (Pedagogi 01: Modul 02 – ‘Effective Teaching’) dirangka bertujuan agar para pensyarah dapat menimba ilmu bagaimana untuk mengajar dan menyampaikan kandungan modul/silibus menggunakan kaedah yang betul dan terbaik berdasarkan ‘Outcomes Based Education’ [OBE]. Skill pensyarah dapat ditingkatkan dari segi teknik yang melibatkan proses pengajaran dan pembelajaran, pengurusan bilik darjah, organisasi dan interaksi pensyarah-pelajar secara menyeluruh.

Program ini merupakan kursus wajib Universiti dimana setiap pensyarah perlu hadir disepanjang perkhidmatan, disamping ianya merupakan program penambahbaikan seperti mana disarankan oleh MQA.

7f43a4de-f5a5-4eef-bc2b-6010e5ed7e21 ac32ff26-4ef3-477b-a485-6e31673502b1 bf34625f-065d-497d-bf71-7bcd477d9f63 cf04f90b-8c94-4943-bfec-3eab7b28da88

Close Menu