Paper Car Contest telah berlangsung pada Ahad, 23 Oct 2016 bertempat di Hyogo Hall, MJII beranang, Majlis perasmian bermula jam 9.30 pagi dan dirasmikan oleh En. Azrul Ahmad, ketua Program MJEP. Pertandingan kereta kertas ini melibatkan 40 buah kereta mewakili 40 kumpulan dari pelajar matrikulasi MJHEP. Dengan tema “Realising the Innovation”, program ini bertujuan mengasah daya kreativiti pelajar dalam reka cipta atau “monotsukuri”. Ia juga melatih mereka bekerja dalam kumpulan serta memberi pengenalan kefahaman kejuruteraan dalam bidang mekanikal dan elektrikal sebelum memasuki tahun pembelajaran U1 di MJHEP. Pertandingan berlangsung dengan sengit dan penuh meriah. Pensyarah dan staff yang hadir turut memberi sokongan dan dorongan kepada para pelajar. Akhirnya, majlis penyampaian hadiah dan cenderamata disempurnakan di akhir program tepat jam 12.30 tengah hari. Tayangan video yang dihasilkan oleh pelajar turut ditayangkan sebagai penutup majlis. Sesi bergambar diadakan sebagai tanda ingatan. Semoga program ini dapat diteruskan pada masa hadapan bagi mendorong pelajar berfikir secara kritis dan kreatif serta membudayakan bekerja secara ‘teamwork’ sebagai persediaan mereka menyambung pelajaran di Jepun kelak.
[Best_Wordpress_Gallery id=”64″ gal_title=”Paper Car Contest 2016″]