Kursus Kesedaran Keselamatan Negara

Kursus Kesedaran Keselamatan Negara

Kursus Kesedaran Keselamatan Negara yang dijalankan dengan kerjasama pihak Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) bersama tenaga pakar daripada Majlis Keselamatan Negara Malaysia (MKN) telah dilaksanakan dengan jayanya.

DSC_3618DSC_3699DSC_3710

 

 

 

 

 

 

Kursus ini menggunakan Modul Maqasid Syariah yang berlandaskan kepada perlembagaan negara. Modul Kursus ini disediakan bersesuaian bagi memperkasakan jati diri pelajar-pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).

Program yang berbentuk bina insan, kecemerlangan, jati diri dan semangat cintakan negara ini diadakan kepada seramai satu ratus enam belas [116] pelajar Kumpulan 4 [Tahun 2 Universiti] pada 30 April hingga 2 Mei 2016 di Institut Latihan Kehakiman & Perundangan [ILKAP], Bangi, Selangor.

DSC_3798DSC_3813     DSC_3828

Manakala seramai satu ratus lima puluh [150] pelajar Kumpulan 6 [Matrikulasi] diadakan pada 6 hingga 8 Mei 2016 di Kem Permata Resort, Melaka.

Close Menu